Cari @ Amanz

Google sering memberikan nama panggilan untuk setiap versi Android, dan untuk Android N yang bakal diperkenalkan, kini Google membuka peluang kepada orang ramai bagi memberikan cadangan nama untuknya.

Google Android N

Android N merupakan versi akan datang Android, yang mana telah dimulakan ujiannya sejak beberapa bulan lepas. Melalui Android N, pihak Google memfokuskan kepada tiga perkara, iaitu prestasi, sekuriti dan juga produktiviti.

Android N hadir dengan sokongan Vulkan untuk grafik yang lebih baik – disamping dikatakan menawarkan prestasi baik serta penggunaan bateri dan ruangan storan yang rendah. Pemasangan aplikasi pada Android N juga jauh lebih pantas berbanding pelbagai versi Android sebelum ini.

Google Android N

Google Android N

Disamping itu, Google turut melengkapkan ia dengan pelbagai ciri-ciri sekuriti yang baik bagi melindungi data pengguna daripada diakses pihak ketiga. Pada bahagian produktiviti pula, Google menyertakan beberapa ciri-ciri baru termasuk kebolehan membalas mesej terus daripada notifikasi, selain sokongan multi-window.

Android N akan dilancarkan secara rasminya dalam beberapa bulan lagi, dan anda yang berminat boleh memberikan cadangan nama untuknya pada halaman khusus yang disediakan Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd