Daydream – Platform Realiti-Maya Google Yang Berasaskan Kepada Android

Daydream – Platform Realiti-Maya Google Yang Berasaskan Kepada Android

Diterbitkan pada Mei 19, 2016 oleh .

Google sedia menawarkan Google Cardboard untuk pengguna menikmati kandungan realiti-maya. Kini, dalam usaha membawa platform realiti-maya setapak lagi kehadapan, Google telah mengumumkan platform terbaru khusus untuknya dinamakan sebagai Daydream, dan ia berasaskan kepada Android.

Daydream dikatakan boleh digunakan pada telefon pintar selain headset dan turut disediakan dengan kedai aplikasi khusus untuknya.

Daydream

Melalui Daydream, ia menawarkan ciri-ciri yang lebih menarik berbanding dengan Google Cardboard, termasuk penawaran skrin dan sensor yang lebih baik untuk pengalaman realiti-maya yang realistik.

Google turut mengatakan telefon yang menyokongnya akan hadir dengan fungsi Android VR Mode. Beberapa rakan kerjasama telah diumumkan untuk hadir dengan telefon yang menyokongnya, termasuk Samsung, HTC, LG, Xiaomi, Huawei, Asus, Alcatel dan juga ZTE.

Daydream

Daydream

Melengkapkan ia juga adalah sebuah alat kawalan yang hadir dengan beberapa sensor untuk digunakan dalam mod realiti-maya. Kita mungkin akan dapat melihat produk dibawah projek Daydream ini hadir daripada rakan kerjasama Google dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN