Cari @ Amanz

Setiap kali versi Android terkini dihasilkan persoalan yang akan didengari ialah bilakah peranti anda akan menerimanya. Sekiranya anda pemilik Nexus jawapannya mudah iaitu secara serta merta. Pengguna lain perlu menanti pengumuman khas dari pengeluar yang akan mengambil masa. Di dalam kes HTC mereka mahu membawakan kelainan dan sudahpun mengesahkan tiga peranti pertama yang akan menerima Android N.

HTC ANdroid N kemas kini 1Peranti tersebut ialah HTC 10, One A9 dan M9. Senarai yang amat pendek dan agak aneh kerana One M9+ yang lebih terkini dari M9 tidak pula dimasukkan ke dalam senarai ini. Ini tidak bermakna peranti lama lain seperti One M8 akan dilupakan. Sebaliknya kemungkinan kemas kini akan hadir sedikit lewat. Di antara pengeluar peranti Android, kami sedari HTC ialah antara yang terpantas memberikan kemas kini. Diharap ini akan berterusan dengan Android N.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd