Aplikasi Android Akan Boleh Digunakan Pada Komputer Chrome OS

Aplikasi Android Akan Boleh Digunakan Pada Komputer Chrome OS

Diterbitkan pada Mei 19, 2016 oleh .

Pelbagai pengumuman dilakukan oleh Google pada acara Google I/O pagi ini. Tetapi pengumuman yang paling menarik bagi pengguna Chromebook akan diadakan esok. Atur cara program pada hari esok mengesahkan aplikasi Android akan boleh digunakan pada komputer Chromebook yang menggunakan Chrome OS.

Chrome-OS-Android-2Aplikasi Google Play Store akan boleh dimuat turun oleh pengguna Chrome OS dan sekaligus memberikan mereka akses kepada ratusan ribu aplikasi baru untuk digunakan. Penggunaan aplikasi Android pada Chrome OS ini tidak mengejutkan dan sudah dijangka. Tahun lalu kami telah melaporkan ura-ura Google akan menggabungkan Android dan Chrome OS menjadi sebuah sistem operasi baru. Ini ialah langkah mereka untuk mengikuti jejak WIndows 10 dan Windows 10 Mobile yang berkongsi platform aplikasi universal. Pengumuman rasmi dan maklumat lebih lanjut akan diketahui esok.


TIPS & ULASAN