Cari @ Amanz

Aplikasi permainan dimuat turun bagi membolehkan anda melakukan aktiviti santai pada peranti pintar. Aplikasi Clash Royale yang amat popular dimainkan rakan sepejabat ketika waktu makan tengahari. Kami secara gemar menggunakan penyelaku permainan Nintendo klasik. Tetapi aplikasi permainan juga boleh digunakan bagi menyampaikan mesej yang mendalam. Metal Gear Solid mengajar pemain tentang bahaya senjata nuklear. Liyla And The Shadows of War pula ialah permainan yang mahu mengetengahkan kesengsaraan rakyat Palestin yang menduduki wilayah yang diduduki regim Zionis.

Liyla-And-The-Shadow-Palestin-3Kerana kandungnya yang menyentuh isu politik ini, Apple menghalang aplikasi ini dari dipaparkan di App Store selagi kategorinya tidak diubah. Menurut pembangun permainan Rasheed Ubeidah yang merupakan warga Palestin, Apple bertegas supaya beliau mengubah kategori aplikasi dari permainan ke aplikasi berita ataupun rujukan. Selagi kategori tidak diubah, permainan ini tidak akan diluluskan untuk memasuki App Store.

Liyla And The Shadow Palestin 1Liyla And The Shadows of War tidak pula menghadapi masalah diluluskan untuk Google Play Store. Ia boleh anda muat turun secara percuma sekarang.  Kami kagum dengan kemampuan Rasheed Ubeidah menghasilkan aplikasi sungguhpun terperangkap di dalam zon konlifk. Seperti yang kami laporkan tahun lalu, industri IT membebaskan penduduk Palestin dari kekangan ekonomi regim Zionis. Dengan bekerja secara atas talian mereka tidak perlu melalui pos kawalan Istrael yang menghalang mereka pergi ke kerja menepati masa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd