Kapal Selam Tentera Amerika Bakal Mempunyai Kemampuan Melancarkan Dron

Kapal Selam Tentera Amerika Bakal Mempunyai Kemampuan Melancarkan Dron

Diterbitkan pada Mei 19, 2016 oleh .

Dron seperti yang kami katakan dahulu memulakan hidup sebagai alat latihan menembak oleh juruterbang pesawat pejuang. Ia kemudian digunakan sebagai pesawat pengintip mini dan kini diuji sebagai kapal pengiring yang mempertahankan kapal induk. Beberapa negara maju dunia kini mempunyai perancangan untuk menggantikan pesawat pejuang dengan dron secara sepenuhnya. Ini dapat mengurangkan risiko nyawa manusia terkorban ketika menjalankan misi berbahaya.

Blackwing Dron USAArmada kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat kini turut mempunyai dron mereka sendiri. Mereka baru sahaja membeli 150 unit dron Blackwing keluaran Aerovironment. Dron berbentuk pesawat mini ini boleh dilancarkan dari kapal selam. Ia kemudian menjadi mata di udara untuk melakukan misi intipan dan juga mencari sasaran untuk serangan misil dari kapal selam. Penggunaan dron mini ini dilihat sebagai cara untuk menambahkan kemampuan dan keberkesanan kapal selam berfungsi tanpa bantuan aset ketenteraan yang lain.

 


TIPS & ULASAN