Carian
Android Instant Apps Membolehkan Anda Mengakses Aplikasi Tanpa Perlu Memasangnya
May 19, 2016 Aman

Pada Google I/O, Google turut menyentuh secara ringkas mengenai Android Instant Apps, yang mana merupakan salah satu fungsi yang membolehkan pengguna mengakses aplikasi tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu.

Sebagai contoh, sekiranya anda menemui sesuatu aplikasi ketika membuat carian atau pautan, anda akan boleh terus mengakses aplikasi berkenaan. Sebuah aplikasi jenis ringan atau asas akan ditawarkan bagi anda membuat beberapa perkara. Daripada demo yang dipertontonkan Google, mereka memperlihatkan kebolehan mengakses aplikasi parkir dan melakukan pembayaran parkir tanpa perlu memuat-turunnya terlebih dahulu.

Sebaik sahaja pengguna selesai melaksanakan apa yang diperlukan, mereka seterusnya boleh memilih untuk memasang aplikasi berkenaan ataupun sebaliknya.

Fungsi ini amat berguna sekiranya anda sedang mengejar masa dan tidak sempat untuk menantikan sesuatu aplikasi selesai pasang. Namun, implementasinya perlu dilakukan para pembangun supaya ia dapat diakses oleh pengguna.

Komen