Ikon Siri Pada Mac Diperlihatkan – Siri Dijangka Diintegrasikan Pada OS X 10.12

Ikon Siri Pada Mac Diperlihatkan – Siri Dijangka Diintegrasikan Pada OS X 10.12

Diterbitkan pada Mei 19, 2016 oleh .

Beberapa bulan sebelum ini, ia telah diperkatakan Apple akan mengintegrasikan sokongan pembantu maya, Siri pada sistem operasi komputer mereka, OS X. Kini, petanda awal untuknya hadir dalam versi pembangunan OS X terkini, memperlihatkan ikon Siri pada OS X.

Hari ini, melalui paparan skrin yang tertiris daripada MacRumors, ia memperlihatkan ikon Siri pada bahagian dock di OS X, selain turut hadir pada bahagian bar menu.

Siri OS X

Apple dijangka mengintegrasikannya melalui OS X 10.12 kelak. Pengguna dijangka dapat mengaktifkannya melalui penggunaan frasa “Hey Siri”. Disamping itu, berkemungkinan Apple juga menawarkan kemudahan untuk pengguna menetapkan kekunci pintas mereka di System Preferences bagi memudahkan pengguna mengakses pembantu maya berkenaan.

Apple bakal mengadakan acara WWDC 2016 pada 13 Jun 2016 kelak, dimana mereka dijangka memperkenalkan sokongan Siri pada OS X pada acara berkenaan.


TIPS & ULASAN