Pengguna Peranti Xiaomi? Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Menguji ROM Global MIUI 8

Pengguna Peranti Xiaomi? Anda Kini Boleh Mendaftar Untuk Menguji ROM Global MIUI 8

Diterbitkan pada Mei 19, 2016 oleh .

Xiaomi telah memperkenalkan MIUI 8 secara rasmi pada minggu lepas, dan kini lanjutan daripadanya pihak pembangun MIUI kini telah membuka pendaftaran minat untuk pengguna seluruh dunia mencuba MIUI 8 versi pembangunan terlebih dahulu sebelum ia dilancarkan secara rasminya.

MIUI8

Bagi anda yang berminat, anda boleh mendaftarkan diri untuk mencubanya melalui forum rasmi Xiaomi hari ini. Buat masa ini, MIUI 8 Global ROM hanya ditawarkan untuk peranti Xiaomi Mi 3, Mi 4, dan Mi Note. Xiaomi turut akan memperluaskan penawaran kepada Mi 2/2S dan Mi 5 dalam masa terdekat. Peranti lain dijangka menyusul selepas itu.

Dengan menyertai percubaan MIUI 8 ini, pengguna akan diberikan dengan ROM versi pembangunan dan boleh melaporkan serta memberikan maklumbalas penggunaannya kembali kepada pihak Xiaomi. Untuk makluman, versi pembangunan ini adalah tidak stabil dan mempunyai pelbagai masalah yang masih belum dikenal-pasti lagi. Ia dinasihatkan pengguna hanya mendaftar sekiranya peranti yang ingin diuji berkenaan bukan peranti utama untuk kegunaan harian sahaja.

Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu peranti, dan ingin memberikan maklumbalas untuk MIUI 8 Global ROM versi pembangunan, anda boleh mendaftarkan minat melalui forum MIUI hari ini.


TIPS & ULASAN