Cari @ Amanz

Nintendo merupakan salah satu syarikat yang popular dengan penawaran produk permainan mereka. Kini, dalam usaha menjana lebih banyak pendapatan, Nintendo dilihat ingin mempelbagaikan jenis perniagaan yang diceburi oleh mereka.

Nintendo

Terkini, melalui apa yang difailkan syarikat berkenaan, Nintendo dilihat menambah beberapa perkara baru dibawah tujuan syarikat, termasuk dalam bidang perisian komputer, peranti kesihatan dan juga restoran makanan.

Seperti biasa, ahli lembaga pengarah syarikat Nintendo perlu bertemu terlebih dahulu untuk mengesahkan perubahan ini. Mereka bakal bertemu pada 29 Jun kelak untuk mengesahkan perubahan ini.

Dan sekiranya ia disahkan, kita akan melihat Nintendo mempelbagaikan fokus syarikat mereka selain daripada bidang yang sedia disertai oleh mereka – selain daripada arena permainan pada peranti mudah-alih, filem dan juga taman tema.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd