Cari @ Amanz

Anda sudah menantikan berbulan lamanya untuk pergi bercuti di luar negara. Pakaian baru sudah dibeli. Tempat duduk di dalam pesawat sudah terpilih. Anda sudah dapat melihat deruan ombak dan hembusan bayu laut mencium pipi. Tiba di lapangan terbang anda terkejut kerana dihalang dari keluar dari negara atas alasan tertentu. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku ada baiknya anda memeriksa status boleh keluar negara ataupun tidak sebelum duit hangus begitu sahaja.

Semakan-Status-Perjalanan-Imigresen-1Ini boleh anda lakukan dengan melawati laman Semakan Status Perjalanan Jabatan Imigresen Malaysia. Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad anda ke dalam kotak yang disediakan. Tekan butang semak. Jawapan akan diterima dengan pantas. Sekiranya tiada halangan, laman akan memberikan status “Tiada halangan”. Kepada yang risau dihalang keluar dari negara akibat hutang semasa belajar ataupun bersalah mencerca kerajaan (boleh dihalang keluar negara selama tiga tahun), ini laman yang perlu disimpan di dalam senarai favourite pada pelayar web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd