Batman Return To Arkham Diumumkan – Edisi Remastered Arkham Asylum Dan City

Batman Return To Arkham Diumumkan – Edisi Remastered Arkham Asylum Dan City

Diterbitkan pada Mei 19, 2016 oleh .

Siri Batman Arkham berakhir dengan Arkham Knight yang muncul hujung tahun lalu. Kepada yang terlepas memiliki Arkham Asylum dan Arkham City, dua permainan awal dari trilogi ini, anda boleh memilikinya dalam versi remastered 26 Julai hadapan. Dua permainan ini dipakej semula sebagai Batman Return To Arkham untuk konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Edisi remastered ini bukan sekadar menggunakan tekstur beresolusi tinggi. Watak 3D, sistem lampu, sistem fizik dan shader baru digunakan. Sistem Unreal Engine 3 yang digunakan pada permainan asal digantikan dengan Unreal Engine 4. Ini bagi memberikan peningkatan kualiti grafik yang ketara apabila dimainkan pada konsol generasi semasa. Sebagai perbandingan, Batman Arkham Knight masih menggunakan Unreal Engine 3.

Selain dua permainan yang kini mencapai status legenda, Batman Return To Arkham akan menyertakan kesemua bonus dan DLC yang pernah dihasilkan. Harga jualan ialah $50 sebuah. Kami terlepas memainkan Arkham Asylum dam ini ialah alasan yang kami perlukan untuk memiliki permainan ini kelak. Nantikan ulasannya di Amanz di masa hadapan.


TIPS & ULASAN