Cari @ Amanz

Google pada awal pagi tadi telah mengadakan acara tahunan mereka, iaitu Google I/O 2016. Melaluinya, mereka berkongsi pelbagai perkembangan semasa syarikat gergasi berkenaan dan apakah fokus mereka sepanjang tahun 2016 ini.

Google I/O 2016

Melalui acara berkenaan, Sundar Pichai mengatakan kini Google memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan dan juga pembelajaran mesin dalam menjadikan kehidupan lebih produktif berbanding sebelumnya. Untuknya, Google turut telah memperkenalkan pembantu maya mereka tersendiri dinamakan Google Assistant yang akan diintegrasikan pada pelbagai produk Google sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd