Xiaomi Bakal Memperkenalkan Dron Tidak Lama Lagi

Xiaomi Bakal Memperkenalkan Dron Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 20, 2016 oleh .

Xiaomi mempunyai pelbagai penawaran produk yang berhubung ke arena internet atau telefon pintar, dan terkini, syarikat dari China berkenaan dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah dron. Xiaomi telah pun mengeluarkan teaser untuknya sekaligus memberikan petanda yang mana dron tersebut akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Xiaomi Drone

Tiada sebarang maklumat yang diketahui daripada teaser berkenaan. Namun, daripada maklumat yang tertiris, dron daripada Xiaomi ini dilihat akan menyertakan kamera terbina untuk membolehkan anda merakamkan video sehingga pada kadar resolusi 4K.

Seperti beberapa produk Xiaomi lain, kita boleh menjangka harga jualan dron ini mungkin sedikit rendah berbanding dengan pengeluar lain.

Ia tidak lagi diketahui bilakah Xiaomi akan mengumumkannya secara rasmi, dan ia dijangka sebelum penghujung Mei ini.


TIPS & ULASAN