MMO Assassin’s Creed Akan Dilancarkan Di China

MMO Assassin’s Creed Akan Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Mei 20, 2016 oleh .

Sekiranya anda setia dengan siri Assassin’s Creed anda pasti tahun di dalam fiksyen permainan, Animus yang digunakan Desmond Miles kini menjadi konsol yang membenarkan pemilik menyelami dunia Assassin’s Creed.  Fiksyen kini nampaknya menjadi realiti kerana Ubisoft dilaporkan akan melancarkan MMO Assassin’s Creed di China.

Assassin-Creed-Multiplayers

MMO ini dihasilkan dengan kerjasama Ourpalm, sebuah syarikat pembangun permainan tempatan. Maklumat terperinci mengenai MMO ini masih lagi samar. Tetapi The Division, sebuah lagi permainan buatan Ubisoft mungkin boleh dijadikan kayu pengukur apa yang mungkin akan dilakukan dengan MMO ini. The Division mendapat sambutan luar biasa dari penggemar permainan komputer sungguhpun ia merupakan sebuah IP baru.

Ikhlas kami katakan kami menikmati mod multiplayer di dalam Unity kerana ia membuatkan kami terasa seperti ahli Brotherhood of Assassins. Perubahan permainan kepada MMO mungkin langkah evolusi seterusnya kepada siri ini yang sudah seperti kehilangan idea.


TIPS & ULASAN