Huawei P9 Berharga RM2099, P9 Lite Berharga RM1099 – Dijual Bermula Minggu Hadapan

Huawei P9 Berharga RM2099, P9 Lite Berharga RM1099 – Dijual Bermula Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 20, 2016 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan harga jualan untuk dua telefon pintar baru mereka, iaitu Huawei P9 dan juga Huawei P9 Lite. Kedua-duanya boleh dipra-tempah bermula 23 Mei ini melalui laman VMall dan akan dijual bermula 28 Mei 2016 ini.

Huawei P9

Huawei P9 adalah telefon pintar flagship terbaru daripada Huawei, hadir dengan dwi-kamera belakang dengan jenama Leica. Di Malaysia, Huawei P9 akan dijual pada harga RM2099 untuk model dengan memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB.

Huawei P9 Lite

Huawei P9 Lite pula menawarkan spesifikasi asas dan menawarkan rekaan seumpama Huawei P9. Di Malaysia, Huawei P9 Lite berharga RM1099 untuk model 3GB RAM dan 16GB ruangan storan.

Bersempena untuk promosi pra-tempahan juga, pihak Huawei akan menawarkan sepuluh pelanggan pertama yang membuat tempahan dan pembayaran pada 23 Mei melalui VMall dengan satu Honor Band Z1 bernilai RM269 secara percuma.

Pihak Huawei Malaysia masih tidak berkongsi maklumat berkaitan Huawei P9 Plus buat masa ini, dan mengatakannya akan hadir ke Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN