(Konsep) AxonVR – Eksorangka Untuk Mengawal Permainan Realiti Maya

(Konsep) AxonVR – Eksorangka Untuk Mengawal Permainan Realiti Maya

Diterbitkan pada Mei 20, 2016 oleh .

HTC Vive dan Oculus Rift ialah dua peranti realiti maya yang kini hanya di pasaran. Pengguna boleh menyelami dunia maya dan pada Vive boleh bergerak  di dalam dunia palsu yang dilihat. Peranti realiti maya sedia ada hanya menipu deria penglihatan dan pendengaran. Ia masih belum cukup realistik bagi pereka Axon VR yang mahukan seluruh tubuh pemain merasakan apa yang dilihat.

axonVR-eksokerangka-1

Axon VR ialah eksorangka yang dipakai bersama dengan helmet peranti realiti maya. Segala pergerakan pemakai akan diubah kepada pergerakan di dalam permainan. Terdapat sistem hidraulik yang membolehkan anda merasa seperti melompat ataupun terbang. Axon VR tidak mensasarkan kepada pengguna individu. Sebaliknya ia direka untuk kegunaan di taman tema keran kosnya yang pastinya di luar kemampuan kebanyakan pengguna. Peranti realiti maya yang merangsang lima deria ini masih lagi di peringkat konsep.


TIPS & ULASAN