U Mobile Akan Melancarkan Fungsi Panggilan WiFi Pada Minggu Hadapan

U Mobile Akan Melancarkan Fungsi Panggilan WiFi Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mei 20, 2016 oleh .

Ia telah sedia maklum yang mana syarikat telekomunikasi tempatan akan memperkenalkan sokongan panggilan suara melalui WiFi pada tahun 2016 ini. Kini, mengambil langkah awal, U Mobile menjadualkan acara khusus pada minggu hadapan untuk melancarkan fungsi panggilan suara melalui WiFi pada perkhidmatan mereka.

U Mobile WiFi Calling

Menggunakan fungsi panggilan WiFi ini, ia membolehkan pengguna kekal berhubung menggunakan nombor telefon sedia ada mereka dan menghantar SMS menggunakan rangkaian WiFi – walaupun pada lokasi dimana rangkaian penyedia adalah lemah, terutamanya pada bangunan yang tinggi.

Seperti biasa, pengguna akan perlu mempunyai telefon pintar yang menyokong fungsi berkenaan untuk boleh menggunakannya. Kebanyakkan telefon pintar baru sedia menyertakan sokongan berkenaan, dan mungkin tiada masalah untuk kebanyakkan pengguna tempatan.

U Mobile menjadualkan acara pelancaran mereka pada Khamis depan, 26 Mei. Seperti biasa, kami akan membawakan liputan semasa daripada acara berkenaan pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN