Gran Turismo Sport Hadir 15 November Ini – Kuala Lumpur Di Dalam Photo Mode

Gran Turismo Sport Hadir 15 November Ini – Kuala Lumpur Di Dalam Photo Mode

Diterbitkan pada Mei 20, 2016 oleh .

Siri Gran Turismo kembali selepas tiga tahun menghilangkan diri. Gran Turismo Sport ialah permainan pertama GT pada konsol PlayStation 4. Ia akan menemui peminat pada 15 November hadapan dan bakal memaparkan kualiti grafik yang realistik. Trailer terkini permainan ini baru sahaja diperlihatkan dan ia memaparkan beberapa mod permainan yang boleh diakses oleh pengguna.

Photo Mode kembali dan membolehkan pengguna mengambil gambar kereta maya mereka berlatarbelakangkan gambar sebenar. Kepada pengguna Malaysia, Kuala Lumpur ialah antara lokasi yang boleh dipilih sebagai latar belakang photo mode ini. Kustomasi kenderaan dengan ratusan pelekat juga nampaknya dibenarkan. Kualiti grafik menunjukkan peningkatan dari Gran Turismo 6 pada PlayStation 3. Raja permainan pemanduan simulasi Playstation bakal kembali. Adakah ia dapat mengalahkan Forza dan Drive Club kelak? Jawapan akan diketahui enam bulan dari sekarang.


TIPS & ULASAN