5 Perkara Menarik Mengenai Wiko Robby
Artikel Berkaitan

5 Perkara Menarik Mengenai Wiko Robby

Diterbitkan pada Mei 25, 2016 oleh .

Wiko ialah nama baru di dalam arena peranti pintar di Malaysia. Tidak seperti nama-nama baru yang lain, peranti ini berasal dari Perancis dan bukannya China. Mereka menghasilkan beberapa peranti yang jatuh di dalam kategori unik seperti Wiko Fever 4G yang mempunyai sisi yang menyala di dalam gelap. Jelas sekali gimik dari mereka tidak ditemui pada peranti lain di pasaran.

Sebuah lagi peranti keluaran mereka memasuki pasaran Malaysia. Wiko Robby, seperti Fever 4G turut mempunyai fungsi yang tidak wujud pada peranti lain. Mari lihat lima perkara menarik mengenai peranti dengan skrin 5.5 inci ini.

Peranti Boleh Digunakan Terbalik

Wiko Robby - IMG_9142

Ini fungsi unik yang tidak pernah kami lihat pada mana-mana peranti lain sebelum ini. Robby dilengkapi sepasang mikrofon pada bahagian atas dan bawah peranti. Dengan penggunaan dua mikrofon, peranti masih boleh digunakan untuk panggilan telefon walaupun sekiranya dipegang secara terbalik. Paparan skrin peranti juga boleh berputar 360 darjah. Skrin peranti Android lain hanya mampu berputar 270 darjah.

Sistem Audio Stereo Auro 3D

Seperti kami tulis pada artikel 10 Fungsi Yang Harus Wujud Pada Semua Peranti 2016, penggunaan pembesar suara stereo pada bahagian hadapan seharusnya menjadi fungsi standard pada kesemua pranti. Audio dari pemain muzik, pemain video dan YouTube menyokong sistem audio sejak bertahun lamanya. Adalah tidak masuk akal peranti tahun 2016 ada yang masih menggunakan sistem audio mono yang sudah ketinggalan zaman. Robby menyokong bukan sahaja sistem audio stereo malahan turut menyokong sistem audio Auro 3D bagi kualiti bunyi yang lebih mengasyikkan.

 

Flash Pada Kamera Hadapan

Wiko Robby - IMG_9149

Kemampuan kamera selfie yang baik ialah sebuah lagi fungsi yang dilihat semakin mendapat perhatian pengguna pada suku pertama 2016. Selfie yang dahulunya dianggap sebagai trend sementara kini menjadi salah satu faktor pembelian peranti. Robby dilengkapi kamera hadapan yang mempunyai sistem flash terbina. Tiada lagi masalah gambar selfie yang kusam dan gelap apabila ia diambil pada waktu malam.

Android Marshmallow

Wiko Robby - IMG_9133

Sebuah lagi perkara yang kami mahukan pada peranti 2016 ialah penggunaan sistem operasi terkini. Wiki Robby dilengkapi sistem Android 6.0 Marshmallow bagi memastikan tahap keselamatan peranti dan kesesuaian aplikasi adalah di peringkat tertinggi. Terdapat banyak peranti di kelas yang sama dengan Robby yang masih menggunakan Android Lollipop dan ini tidak boleh dimaafkan. Tambah menarik ialah antaramuka Robby hanya diberikan perubahan yang sedikit berbanding stock Android. Umum diketahui antaramuka stock Android ialah yang paling kemas, ringan dan mudah digunakan. Kepada yang tidak gemarkan kustomasi pelancar pihak ketiga, ini pasti menggembirakan anda.

Harga Mampu Milik

Wiko Robby - IMG_9137

Tidak semua pengguna mampu membeli peranti pintar kerana harga jualan yang tinggi. Kepada yang mencari peranti yang tidak menyebabkan dompet berlubang, Robby ialah peranti yang dinantikan. Dengan harga jualan RM449 ia adalah antara peranti dengan skrin 5.5″ dengan tubuh binaan logam yang paling mampu milik di pasaran. Ini menjadikan Robby pilihan menarik sebagai peranti peranti pertama untuk anak kecil yang masih baru belajar menggunakan peranti.


Telefon pintar dijual pada harga RM449 dan bagi mendapatkannya, anda boleh melawat pengedar rasmi Wiko di kedai berdekatan dengan anda dan juga mendapatkan maklumat berkenaan lokasi mereka menerusi halaman Facebook Wiko Malaysia.

Penafian: Advertorial dari Wiko

 


TIPS & ULASAN