Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai permainan pada peranti mudah-alih yang hadir dalam bentuk puzzle, dan salah satu permainan terkini yang dilihat agak menarik adalah Mekorama. Mekorama ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan juga iOS.

Mekorama

Mekorama membawakan permainan berbentuk geometrik yang memerlukan pengguna membawa watak robot ke tempat yang telah ditentukan. Untuk tiba disesuatu lokasi yang ditetapkan tersebut, pengguna perlu memilih beberapa kaedah termasuk mengawal robot berkenaan melalui jalan tanpa halangan atau menggunakan alternatif lain untuk membuka jalan.

Permainan ini dilihat agak ringkas untuk dimainkan tetapi menjadi semakin mencabar dari satu tahap ke tahap yang lain. Apa yang menariknya juga adalah sekiranya anda telah selesai memainkan ke semua tahap, anda turut boleh membuat tahap anda sendiri dan berkongsi ia bersama rakan-rakan anda yang lain.

Mekorama

Mekorama juga hadir tanpa sebarang gangguan iklan dan ditawarkan percuma sepenuhnya. Walaubagaimanapun, pautan sumbangan disediakan melalui pembayaran dalam-aplikasi, yang mana anda boleh sumbangkan nilai yang dikehendaki anda.

Bagi anda yang ingin menguji minda dan mencabar kreativiti anda, mungkin boleh mencuba permainan Mekorama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd