Cari @ Amanz

Google telah memperlihatkan konsep telefon modular mereka sejak beberapa tahun yang lepas, dan kini bersempena dengan Google I/O, pihak Google turut berkongsi perkembangan lanjut untuk program yang dinamakan sebagai Project Ara berkenaan.

Project Ara

Bagi anda yang tidak mengenali Project Ara, ia merupakan salah satu platform peranti mudah-alih modular, membolehkan pengguna mengubah modul pada telefon pintar berdasarkan kepada apa yang diinginkan. Sebagai contoh, sekiranya inginkan kamera yang baik, hanya mengubah modul kamera, atau sekiranya inginkan audio yang baik, hanya perlu menambah modul audio.

Konsep ini telah dimulakan sejak beberapa tahun lepas dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran bahan elektronik. Seperti ramai sedia maklum, pada hari ini kita sering ingin menaik-taraf telefon disebabkan beberapa sebab kecil sahaja tetapi memerlukan keseluruhan peranti diganti sepenuhnya. Project Ara ingin mengatasi masalah tersebut dan mengurangkan pembaziran dan pencemaran yang diakibatkan oleh pelupusan elektronik.

Terkini, bergerak ke hadapan, Project Ara menyertai fasa seterusnya, dimana ia akan keluar daripada makmal pembangunan Google ATAP dan beroperasi dibawah unitnya tersendiri. Ini membolehkan ia beroperasi dengan lebih bebas dan memasarkan produk serta mencari keuntungan tersendiri.

Google turut mengatakan peranti Project Ara pertama yang menyasarkan pengguna akan hadir pada 2017 kelak. Menariknya, ia akan hadir daripada Google terlebih dahulu – menjadikan ia adalah salah satu peranti mudah-alih yang akan dibangunkan sepenuhnya oleh Google.

Google juga akan membuka program pembangun untuknya dan menawarkan peranti untuk pembangun pada tahun ini. Sekiranya Google dapat menjayakan Project Ara ini dengan cemerlang termasuk dari segi pemasaran dan penawaran ia dipasaran, tidak mustahil untuk kita melihat ia menjadi salah satu produk yang berjaya dan memberikan cabaran hebat kepada pelbagai pengeluar peranti yang lain.

Project Ara Spiral 2

Project Ara Spiral 2

Project Ara Spiral 2

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd