Cristiano Ronaldo Dilantik Menjadi Duta Nubia

Cristiano Ronaldo Dilantik Menjadi Duta Nubia

Diterbitkan pada Mei 21, 2016 oleh .

Melantik duta bagi mempopularkan produk ialah taktik lama yang sudah digunakan beribu tahun lamanya. Ketika zaman Rom, kesatria Gladiator menjadi duta kepada minyak zaitun yang iklannya sehingga kini boleh dilihat di Pompeii. Jelas sekali dengan mendapatkan duta dari golongan ternama, produk akan mendapat pendedahan yang lebih besar dari biasa.

Nubia-Cristiano-RonaldoNubia, pengeluar peranti yang kurang terkenal di luar China melantik Cristiano Ronaldo sebagai duta mereka. Beliau dilantik untuk mempromosikan peranti Nubia Z11 di China. Peranti ini diperkasakan pemproses Snapdragon 652 dan mempunyai RAM sebesar 4 Gigabyte. Dengan menggunakan jaguh bola sepak ternama ini, Nubia mungkin bersedia untuk memperkenalkan jenama mereka ke luar China.

Ronaldo bukan pemain bola sepak pertama yang menjadi duta. Lionel Messi dilantik menjadi duta Huawei dan David Beckham menjadi duta Motorola. Sementara itu di Malaysia pemain bola sepak ternama Safiq Rahim menjadi duta air susu yang mampu memgubah jantina.


TIPS & ULASAN