Dron Daripada Xiaomi Bakal Diperkenalkan Pada Hari Rabu, 25 Mei

Dron Daripada Xiaomi Bakal Diperkenalkan Pada Hari Rabu, 25 Mei

Diterbitkan pada Mei 22, 2016 oleh .

Lanjutan daripada teaser sebelum ini, kini Xiaomi mengesahkan yang mana mereka akan memperkenalkan dron pada minggu ini, pada hari Rabu 25 Mei 2016. Gambar teaser terbaru juga lebih memberikan gambaran kepada dron Xiaomi berbanding sebelum ini.

Xiaomi Mi Dron

Dron daripada Xiaomi ini dijangka akan menyaingi beberapa dron terkemuka yang lain. Mi Drone ini dijangka akan hadir dengan kamera terbina padanya untuk membolehkan rakaman video sehingga pada resolusi 4K.

Sebuah aplikasi khusus untuknya turut akan disediakan bagi membolehkan pengguna mengawal rakaman dron berkenaan dan melihat apa yang sedang dirakamkan.

Xiaomi bakal berkongsi lanjut mengenai dron mereka ini pada hari Rabu ini.


TIPS & ULASAN