Salinan Percuma Permainan World of Warcraft Ditawar Untuk Anda Yang Beli Tiket Filem Warcraft Di GSC

Salinan Percuma Permainan World of Warcraft Ditawar Untuk Anda Yang Beli Tiket Filem Warcraft Di GSC

Diterbitkan pada Mei 22, 2016 oleh .

Filem Warcraft akan ditayangkan di seluruh dunia bermula daripada 9 Jun 2016 kelak, dan bersempena dengannya, kini pihak Blizzard telah pun mengumumkan penawaran salinan digital percuma permainan World of Warcraft bagi anda yang membuat pembelian tiket di GSC.

WarCraft GSC

Menurut Blizzard, bagi sesiapa yang membuat pembelian tiket filem berkenaan di beberapa rangkaian Golden Screen Cinema yang terpilih bermula 8 Jun, anda akan menerima salinan digital percuma untuk World of Warcraft yang turut hadir dengan pelbagai expansion serta masa bermain percuma selama 30 hari. Seperti biasa, ia ditawarkan secara terhad.

Bagi anda yang sedia memainkan permainan tersebut pula, anda akan menerima beberapa hadiah dalam permainan World of Warcraft sebaik sahaja anda log masuk ke permainan berkenaan antara 25 Mei hingga 1 Ogos.


TIPS & ULASAN