Cari @ Amanz

Beberapa tahun yang lepas, salah satu peranti yang popular dan mencuri perhatian ramai adalah Moto Razr – hadir dengan rekaan boleh lipat dan pada masa yang sama sangat nipis dan elegan. Malah, Moto Razr merupakan salah satu peranti yang telah terjual dengan sangat banyak di seluruh dunia.

Kini, mengembalikan nostalgia, pihak Lenovo yang kini memiliki Motorola menerbitkan sebuah video teaser memperlihatkan seumpama mereka akan mengembalikan telefon boleh-lipat.

Untuk makluman, terdapat beberapa pengeluar yang memasarkan telefon boleh-lipat termasuk Samsung, namun ia tidak dipasarkan dengan meluas. Sekiranya benar Lenovo ingin hadir dengan Moto Razr menjalankan Android kembali, tidak mustahil ia menerima permintaan tersendiri – apatah lagi pada era masa kini yang memperlihatkan rekaan telefon hanya serupa antara satu sama lain.

Lenovo bakal mengadakan acara Lenovo Tech World pada 9 Jun kelak, dan mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai perancangan pihak Lenovo mengenai telefon boleh-lipat ketika itu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd