7 Fungsi Yang Menjadikan Huawei Mate 8 Lebih Sesuai Untuk Usahawan Dan Ahli Perniagaan

7 Fungsi Yang Menjadikan Huawei Mate 8 Lebih Sesuai Untuk Usahawan Dan Ahli Perniagaan

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Huawei melalui Huawei Mate 8 lebih memposisikan dan memasarkan produk mereka sebagai sebuah telefon pintar yang direka khusus untuk ahli perniagaan. Ketika pelancarannya sendiri, Huawei membawa beberapa duta tempatan yang memfokuskan kepada ahli perniagaan seperti CEO Chatime. Tetapi, pada masa yang sama, mungkin ramai yang tertanya-tanya adakah Huawei Mate 8 ini sesuai untuk ahli perniagaan, dan kami berharap ciri-ciri berikut mungkin menjadikannya sebagai salah satu sebab mengapa ia diposisikan sebegitu.

Huawei Mate 8 Hadir Dengan Rekaan Premium Dan Pemprosesan Berkuasa

Huawei Mate 8

Huawei Mate 8 menggunakan rekaan berasaskan logam sepenuhnya, dan turut menawarkan pelbagai pilihan warna yang meletakkan ia jauh berbeza dengan beberapa pengeluar lain dipasaran. Memegang peranti ini sendiri memberikan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding peranti 6-inci yang lain. Huawei sendiri dilihat telah memberikan ketelitian yang baik dalam hadir dengan telefon pintar Huawei Mate 8 yang lebih elegan ini.

Disamping luaran, Huawei turut melengkapkan dalaman Huawei Mate 8 dengan pemprosesan berkuasa – sesuai untuk menjalankan pelbagai aplikasi untuk tugasan kerja, mahupun untuk multimedia. Penggunaan memori sehingga 4GB RAM turut memudahkan pengguna untuk membuat multi-tasking.

Menggunakan Skrin Bersaiz Besar Untuk Membuat Lebih Tugasan Dengan Pantas

Huawei Mate 820160418_113010-001

Huawei Mate 8 hadir dengan skrin 6-inci yang menawarkan paparan pada resolusi definisi tinggi penuh. Ini membolehkan pengguna menikmati pelbagai media dengan baik, selain turut boleh membaca dokumen dengan lebih jelas menggunakannya.

Penggunaan skrin bersaiz besar juga turut memudahkan pengguna untuk membuat lebih dari satu tugasan pada sesuatu masa, disamping membuka dua aplikasi berbeza dan mengendalikannya pada waktu yang sama.

Bagi anda yang risau akan ketidak-selesaan menggunakannya pada sebelah tangan – tidak perlu risau memandangkan Huawei menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai One Handed UI – sesuai untuk penggunaan sebelah kanan atau kiri.

Sekuriti Tinggi Mengelakkan Data Terdedah

Huawei Mate 8 20160418_112753-004

Huawei telah hadir dengan fokus sekuriti sejak daripada dua tiga peranti yang lepas. Pada Huawei Mate 8, sekuriti turut terus ditambah baik, apatah lagi dengan penyertaan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Pengimbas cap jari boleh digunakan untuk mengakses peranti berkenaan tanpa perlu memasukkan kata laluan secara manual. Pengimbas cap jari juga turut boleh digunakan untuk membuat beberapa kawalan asas ketika menggunakan peranti.

Disamping pengimbas cap jari, Huawei Mate 8 turut hadir dengan pengimbas sekuriti terbina yang mengimbas aplikasi baru yang dipasang bagi mengelakkan terdedah dengan pelbagai malware yang mungkin memberikan kesan terhadap data dalam peranti.

Bateri Bertahan Lama Dan Pengecasan Pantas

Huawei Mate 8 Battery

Huawei Mate 8 hadir dengan bateri bersaiz 4000mAh yang sangat sesuai untuk mereka yang bertugas sepanjang hari diluar. Seperti ramai sedia maklum, kebanyakkan peranti pintar pada hari ini mempunyai kapasiti bateri yang rendah, membuatkan anda perlu mencari pengecas pada pertengahan hari. Huawei Mate 8 adalah sebaliknya, dan menawarkan masa penggunaan sehingga 18 jam.

Huawei turut melengkapkan Huawei Mate 8 dengan fungsi pengecasan pantas, memudahkan pengguna untuk mengecasnya. Daripada percubaan kami, bateri 4000mAh boleh dicas penuh dalam masa kurang 2.5 jam.

Fungsi port USB dibawah peranti turut boleh diperluaskan menggunakan USB OTG – bagi memberikan akses kepada pemacu USB, ataupun turut digunakan untuk mengecas peranti lain.

Sokongan Rangkaian Global Untuk Anda Yang Sering Ke Luar Negara

Huawei Mate 8 Network

Bagi anda yang sering keluar negara untuk tujuan kerja, semestinya inginkan sebuah peranti yang selari dengan rangkaian telekomunikasi seluruh dunia. Huawei sebagai salah satu penyedia peralatan telekomunikasi amat memahaminya, dan menyertakan sokongan rangkaian global pada telefon pintar Huawei Mate 8.

Ini bermakna, anda boleh terus kekal berhubung menggunakan rangkaian 4G LTE ketika berada di luar negara tanpa masalah dan tidak lagi perlu membawa atau membeli peranti baru yang selari dengan rangkaian luar negara. Seperti biasa, anda hanya perlu memastikan langganan perayauan anda aktif ketika ingin menggunakannya.

Panggilan Suara Berkualiti – Walaupun Ketika Berkumpulan

Huawei Mate 8

Bercakap mengenai telefon pintar, salah satu fokus utama adalah kualiti panggilan audio. Huawei Mate 8 menawarkan panggilan audio yang sangat berkualiti tinggi melalui kedudukan mikrofon yang baik.

Disamping itu, pihak Huawei melalui EMUI turut menyertakan fungsi menarik khusus untuk mereka yang sering membuat panggilan berkumpulan ketika bermesyuarat. Ia boleh mengesan audio daripada pelbagai sudut dan pada masa yang sama membuang sebarang gangguan bagi menawarkan kualiti audio yang sangat baik.

Fungsi sama juga turut boleh digunakan ketika membuat rakaman audio menggunakan Huawei Mate 8.

Pengimbas Kad Nama Terbina Bagi Memudahkan Menambah Senarai Kenalan

Huawei Mate 8

Sebagai ahli perniagaan atau usahawan, anda mungkin menerima kuantiti kad nama yang tinggi, dan mungkin agak sukar untuk membuat input secara manual ke buku alamat anda. Melalui Huawei Mate 8, pihak Huawei memudahkan proses ini dengan menyediakan pengimbas kad nama terbina pada buku alamat.

Kini, anda hanya perlu membuka aplikasi buku alamat, dan memilih untuk mengimbas kad nama. Seterusnya anda boleh mengimbas sebarang kad nama yang diterima dan data akan dimasukkan secara automatik ke buku alamat berbanding secara manual sebelum ini. Ini juga memastikan anda tidak lagi terlepas sebarang data penting daripada kenalan baru, dan memastikannya ia disimpan pada telefon anda dengan serta-merta untuk dihubungi pada masa akan datang.


Huawei Mate 8 ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM2099. Dapatkannya melalui Vmall hari ini.

Advertorial daripada Huawei Malaysia.


TIPS & ULASAN