Filem Adaptasi Fruit Ninja Akan Dihasilkan

Filem Adaptasi Fruit Ninja Akan Dihasilkan

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Adaptasi filem dari permainan video sudah berlaku sejak dekad 90an.. Tetapi 90% adaptasi yang dihasilkan ialah sampah. Lihat sahaja Super Mario Brothers, House of The Dead, Far Cry, Dungeon Siege, Bloodrayne, Street Fighter,Silent Hill dan Alone In The Dark. Yang boleh dikatakan berjaya pula hanyalah Resident Evil dan Mortal Kombat. Filem Angry Birds yang kini ditayangkan di bioskop ialah adaptasi pertama dari aplikasi mobil. Setakat ini kutipan adalah memberangsangkan walaupun menerima banyak ulasan negatif.

Fruit NinjaFruit Ninja akan menjadi aplikasi permainan kedua yang akan mempunyai filemnya sendiri. Filem yang bakal dihasilkan ialah filem komedi keluarga dan bukannya sebuah animasi. Ia akan diterbitkan oleh Vinson Films dengan kerjasama pembangun aplikasi Half Bricks. Aplikasi permainan Fruit Ninja telah dimuat turun melebihi 1 Billion kali. Masalahnya kepopularan permainan ini berakhir sekitar 2011. Masih adakah permintaan untuk filem adaptasinya? Adakah anda berminat dengan filem ini? Pada masa yang sama siri permainan apakah yang sepatutnya diadaptasi?


TIPS & ULASAN