Google Memudahkan Anda Membuat Eksperimen Sains Ringkas Pada Telefon Pintar

Google Memudahkan Anda Membuat Eksperimen Sains Ringkas Pada Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Google mempunyai sejumlah aplikasi untuk pelbagai tugasan, dan terkini mereka turut menerbitkan sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai Science Journal. Melaluinya, ia memfokuskan kepada memudahkan pengguna membuat catatan eksperimen sains terus pada telefon pintar.

Google Science Journal

Menggunakan aplikasi sama juga, ia boleh menggunakan kelebihan sensor pada telefon pintar sebagai contoh menyemak kadar kecerahan cahaya, menggunakan accelerometer, menyemak kekuatan bunyi dan sebagainya.

Aplikasi ini lebih ditujukan kepada para pelajar untuk mempelajari dan membuat eksperimen sains ringkas menggunakan telefon pintar. Beberapa kit tambahan turut disediakan untuk pengguna sekiranya mereka ingin menjalankan pelbagai jenis eksperimen lain menggunakan aplikasi tersebut.

Google turut menyediakan beberapa aktiviti ringkas untuk dipelajari menggunakan aplikasi ini, dan memahami lebih lanjut berkenaan apakah yang dibawakan olehnya.

Muat-Turun Science Journal untuk Android


TIPS & ULASAN