Carian
Pembayaran Tol Elektronik Sepenuhnya Dijangka Diimplementasi Menjelang Tahun 2018
May 23, 2016 Aman

Pada hari ini, beberapa plaza tol telah menggunakan sistem pembayaran tol berasaskan elektronik sepenuhnya – dimana pengguna perlu membayar menggunakan sama ada Touch’n’Go ataupun menggunakan Smart TAG, dan tidak lagi menyediakan pembayaran berasaskan tunai.

Plaza Tol

Kini, daripada perkongsian kerajaan, ia dikatakan sistem elektronik akan diimplementasi sepenuhnya untuk pembayaran tol menjelang 2018 kelak.

Melalui implementasi pembayaran tol menggunakan elektronik, ia mampu mengurangkan kadar kesesakkan jalan raya antara 30% ke 50%.

Disamping itu, ini juga mungkin merupakan langkah kerajaan sebelum mula mengimplementasi plaza tol tanpa palang seperti dibeberapa negara lain dalam tahun-tahun akan datang.

Komen