Hanya 0.7% Telefon Pintar Yang Terjual Pada Suku Pertama 2016 Adalah Windows Phone

Hanya 0.7% Telefon Pintar Yang Terjual Pada Suku Pertama 2016 Adalah Windows Phone

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Gartner merupakan salah satu badan yang mengeluarkan statistik semasa berkaitan pelbagai perkara, termasuk untuk telefon pintar. Paling terkini, mereka telah pun mengeluarkan data berkaitan jualan telefon pintar kepada pengguna pada suku pertama 2016 yang lepas.

Daripada data yang dikeluarkan, sepanjang tiga bulan pertama pada 2016, sebanyak hampir 350 ribu telefon pintar telah terjual, dan majoriti besar daripadanya adalah berasaskan kepada Android – iaitu sekitar 84.1%. Ia diikuti dengan iPhone pada kedudukan kedua dengan peratusan jualan mencapai 14.8%.

Namun, apa yang mendukacitakan adalah telefon pintar platform Windows, yang mana hanya berjumlah sekitar 0.7% daripada jualan keseluruhan.

Penurunan jualan ini sendiri boleh dikatakan salah satu kesilapan pihak Microsoft sendiri kerana tidak mengeluarkan sebarang produk baru dibawah jenama Lumia dengan lebih banyak seperti tahun-tahun lepas.

Dengan penurunan angka jualan Windows Phone atau Windows 10 Mobile ini, ia secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada pembangun bagi terus menyokong platform berkenaan – dan tidak mustahil untuk kita melihat beberapa pembangun aplikasi menghentikan pembangunan untuknya.

BlackBerry pula dilihat hanya telah menjual sekitar 0.2% daripada jumlah keseluruhan jualan telefon pintar pada tempoh tiga bulan pertama 2016 ini.


TIPS & ULASAN