Xiaomi Menerbitkan Video Teaser Pertama Untuk Dron Pintar Mereka

Xiaomi Menerbitkan Video Teaser Pertama Untuk Dron Pintar Mereka

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Xiaomi telah hadir dengan beberapa gambar teaser untuk dron mereka sebelum ini, dan terkini dalam mengekalkan hype untuk produk akan datang mereka itu, kini Xiaomi telah mengeluarkan video teaser pertama untuknya.

Secara kasarnya, ia memperlihatkan apakah yang akan dibawakan oleh Xiaomi Mi Drone kelak. Ia menawarkan rekaan quadcopter – iaitu empat bahagian berkipas untuk terbang, dan pada bahagian tengahnya ia menyertakan sebuah kamera dengan rekaan bulat.

Mengikut info tertiris sebelum ini, Xiaomi Mi Drone ini dikatakan boleh merakamkan video pada resolusi 4K dan dikawal menggunakan aplikasi khusus untuknya.

Xiaomi bakal memperkenalkan Mi Drone ini secara rasminya pada 25 Mei ini.


TIPS & ULASAN