Carian
Pemilik WeChat Dilaporkan Berminat Untuk Mengambil-Alih Supercell, Penerbit Permainan Clash of Clans
May 23, 2016 Aman

Tencent merupakan nama yang tidak asing untuk pengguna tempatan, dimana mereka sedia menawarkan aplikasi WeChat – disamping jam tangan pintar mereka turut telah mula dijual di Malaysia. Tencent selain daripada beberapa produk sedia ada, mereka juga giat dalam memperluaskan portfolio mereka pada arena permainan.

Supercell

Untuknya, kini syarikat berkenaan dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pegangan majoriti pada Supercell – penerbit permainan popular Clash of Clans dan Clash Royale.

Softbank sebelum ini telah diperkatakan ingin menjual pegangan mereka di Supercell dan telah bertemu dengan beberapa pemilik baru yang berpotensi. Tencent dikatakan salah satu daripadanya – dan pada masa yang sama ini turut akan memberikan peluang untuk Supercell memperkukuhkan kedudukan di China yang mempunyai jumlah pemain tinggi di dunia.

Selain Tencent, Alibaba turut dikatakan berminat untuk mendapatkan Supercell. Namun, semua perbincangan masih pada peringkat awal dan terdapat kemungkinan ia tidak dijual dan dipegang oleh pemilik sedia ada.

Komen