Harga Jualan Oppo F1 Dengan Fokus Terhadap Selfie Dikurangkan Kepada RM998

Harga Jualan Oppo F1 Dengan Fokus Terhadap Selfie Dikurangkan Kepada RM998

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Oppo F1 merupakan salah satu telefon pintar memfokuskan fungsi selfie yang telah diperkenalkan oleh Oppo pada awal tahun ini. Kini, bersempena dengan musim perayaan, pihak Oppo telah mengemaskini harga jualannya, dan menawarkan Oppo F1 pada harga RM998.

Oppo F1

Oppo F1 ini akan dijual pada harga RM998 ini daripada 23 Mei 2016 sehingga 7 Julai 2016 kelak, sebelum promosi ini ditamatkan.

Dari segi spesifikasi, Oppo F1 membawakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan 720p, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615, dan memori 3GB RAM. Untuk tujuan rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel. Oppo menggunakan bateri berkapasiti 2500mAh pada peranti ini.

Selain daripada Oppo F1, baru-baru ini pihak Oppo turut telah melancarkan satu lagi telefon baru mereka, iaitu Oppo F1 Plus.

Baca: Ulasan Oppo F1


TIPS & ULASAN