Spotify Mengemaskini Harga Untuk Pelan Keluarga – RM22.40 Sebulan Untuk Sehingga 6 Akaun

Spotify Mengemaskini Harga Untuk Pelan Keluarga – RM22.40 Sebulan Untuk Sehingga 6 Akaun

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Spotify telah memperkenalkan perkhidmatan Spotify Family tidak lama sebelum ini yang membolehkan pengguna berkongsi akaun dengan ahli keluarga lain dan menikmati harga langganan yang lebih rendah berbanding biasa. Kini, mereka mengemaskini penawaran tersebut – menawarkan lebih nilai kepada pengguna.

Spotify Family telah diperkenalkan untuk pengguna tempatan pada penghujung tahun 2014 yang lepas. Ketika itu, Spotify sekadar menawarkan diskaun 50% untuk penambahan langganan tambahan – menjadikan ia sekitar RM22.35 untuk dua akaun, dan sehingga RM44.90 untuk lima akaun. Kini, harga pelan Spotify Family dikurangkan dengan drastik menjadikan ia lebih berbaloi berbanding sebelumnya.

Spotify Family

Melalui pelan Spotify Family baru, ia menawarkan harga tetap RM22.40 untuk akses sehingga enam pengguna. Ia sekaligus membolehkan sehingga enam pengguna berkongsi akaun Spotify pada separuh harga berbanding sebelum ini. Ia juga turut menjadikan pelan ini lebih berbaloi untuk dilanggan sekiranya terdapat lebih daripada satu pengguna aktif Spotify dalam keluarga anda.

Semua pelanggan Spotify Family sedia ada akan dinaik-taraf kepada pelan baru ini pada bil akan datang.

Layari : Spotify Family


TIPS & ULASAN