OnePlus Menawarkan Set Realiti-Maya Percuma Secara Terhad Sebagai Persediaan OnePlus 3

OnePlus Menawarkan Set Realiti-Maya Percuma Secara Terhad Sebagai Persediaan OnePlus 3

Diterbitkan pada Mei 23, 2016 oleh .

Pada tahun lepas, OnePlus 2 telah dilancarkan dalam sebuah acara realiti-maya, dimana pihak OnePlus sendiri menawarkan versi Google Cardboad mereka tersendiri kepada sejumlah pengguna. Kini, dalam persediaan untuk OnePlus 3, mereka sekali lagi melakukan perkara sama, tetapi kali ini menawarkan set realiti-maya tersendiri.

Dinamakan sebagai OnePlus Loop VR, pihak OnePlus menawarkan sebanyak 30,000 set dan berbeza berbanding sebelumnya, mereka kali ini membuat penghantara pada peringkat global.

OnePlus VR

OnePlus mengatakan set realiti-maya ini telah dibangunkan bersama dengan pihak AntVR, dan seperti biasa perlu memasukkan telefon pintar untuk mengoperasikannya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencuba nasib dengan melayari laman OnePlus Loop VR hari ini dan membuat tempahan percuma melaluinya.

Tempah : OnePlus Loop VR


TIPS & ULASAN