Carian
Facebook Mengambil Alih Syarikat Audio Realiti Maya Two Big Ears
May 24, 2016 Effi Saharudin

Realiti maya ialah teknologi yang paling mendapat perhatian ramai tahun ini dengan semakin ramai pengeluar menghasilkan peranti realiti maya mereka sendiri. Semalam OnePlus baru sahaja memberikan peranti realiti maya mereka secara percuma sebelum melancarkan OnePlus 3. Untuk menyelami dunia maya visual yang realistik tidak memadai. Sistem audio 3D yang realistik juga diperlukan. Oleh itu Facebook mengambil alih Two Big Ears, syarikat yang menghasilkan sistem audio realiti maya berkualiti tinggi.

Facebook 360 Spatial WorkstationDengan pembelian ini, kesemua aplikasi menghasilkan audio 3D spatial Two Big Ears kini boleh dimuat turun secara percuma. Ini diharap akan memberikan kelebihan kepada Facebook untuk menjadi platform kandungan realiti maya nombor satu dunia. Mereka sudahpun memiliki Oculus dan dengan Two Big Ears impian Zuckerberg untuk menakluki dunia maya kini semakin hampir menjadi realiti.

Komen