POSYDON – Sistem GPS Bawah Laut Kini Dibangunkan DARPA

POSYDON – Sistem GPS Bawah Laut Kini Dibangunkan DARPA

Diterbitkan pada Mei 24, 2016 oleh .

Sistem GPS yang kita gunakan sekarang  menerusi aplikasi bantuan navigasi memulakan hidup sebagai sistem yang dibangunkan bagi tujuan ketenteraan. Ia digunakan dengan jayanya oleh tentera berikat untuk merentasi padang pasir Iraq ketika Perang Teluk  1990. Mereka berjaya merentasi gurun dan ribut pasir yang tidak berani dilalui oleh tentera Saddam Hussein. Dalam masa dua dekad ia kini mampu digunakan oleh orang ramai menggunakan peranti pintar.

16-a05_001_r6Sistem GPS ini memerlukan isyarat dari satelit. Ini menyebabkan ia tidak boleh digunakan oleh kapal selam untuk mengetahui lokasi mereka dengan tepat. Apa yang biasanya berlaku ialah kapal selam perlu timbul seketika untuk mendapatkan isyarat GPS. Di dalam situasi peperangan ini akan mendedahkan mereka kepada musuh. Sistem GPS bayah laut POSYDON (Positioning System for Deep Ocean Navigation) kini dibangunkan oleh DARPA dengan bantuan firma BAE Systems. POSYDON menggunakan isyarat bunyi dari sumber yang diketahui lokasinya bagi memberikan kapal selam lokasi tepat mereka apabila menyelam. Selain kegunaan untuk kapal selam konvensional, sistem ini turut dibangunkan untuk kegunaan dron kapal selam mereka.

Pernah suatu ketika wujud pepatah “mereka yang menguasai laut akan menguasai dunia”. Tentera laut Britain mengusai laut dunia pada awal kurun ke-19 sehingga membentuk empayar yang besar. Dengan POSYDON tentra laut Amerika Syarikat boleh mengukuhkan lagi posisi mereka sebagai raja di laut.


TIPS & ULASAN