vivo V3 Berwarna Merah Jambu Emas Ditawarkan Pada Stok Terhad

vivo V3 Berwarna Merah Jambu Emas Ditawarkan Pada Stok Terhad

Diterbitkan pada Mei 24, 2016 oleh .

Pada bulan lepas vivo Malaysia telah menawarkan peranti V3Max dengan kapasiti bateri yang besar dan mempunyai spesifikasi tinggi menyertakan cip Snapdragon 652 dengan RAM sebesar 4GB. Bagi menawarkan kelainan, hari ini mereka mengumumkan akan penawaran variasi V3 bewarna merah jambu emas untuk pengguna tempatan.

Vivo v3 rose gold - V3_gold&rose gold

Peranti vivo V3 ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 616 lapan-teras 1.5GHz 64-bit, dengan RAM sebesar 3GB dan kapasiti bateri sebesar 2550 mAh. Antara spesifikasi lain termasuklah paparan skrin bersaiz 5-inci 720p dan kapasiti storan 32GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 128GB. Kamera hadapannya pula mempunyai sensor 8MP dan kamera utamanya mempunyai sensor 13MP. Namun begitu ia hanya beroperasi menggunakan Android Lollipop. Telefon ini juga mempunyai pengimbas cap jari, memudahkan anda untuk mengakses telefon ini.

Jika anda ingin membeli vivo V3 yang ditawarkan pada warna merah jambu emas, anda boleh mendapatkannya di cawangan rasmi vivo seluruh negara pada harga RM 1,099. Variasi warna ini ditawarkan pada stok terhad jadi jika anda ingin mengetahui cawangan vivo berdekatan, maklumat tersebut boleh diperolehi menerusi halaman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN