Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan satu lagi tablet terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Galaxy Tab A 2016 bersaiz 7-inci. Seperti kebanyakkan tablet lain, Galaxy Tab A 2016 turut memfokuskan kepada pengguna menikmati kandungan melaluinya, disamping membawakan rekaan yang mudah untuk dibawah ke mana-mana.

Samsung Galaxy Tab A 2016

Galaxy Tab A 2016 membawakan skrin bersaiz 7-inci dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz. Menjana peranti ini juga adalah memori 1.5GB RAM dan ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Pengguna turut boleh menggunakan kamera 5-megapixel untuk rakaman gambar, ataupun 2-megapixel dihadapan untuk panggilan video. Samsung mengatakan bateri berkapasiti 4000mAh pada Galaxy Tab A 2016 ini mampu menawarkan masa pelayaran web sehingga 11 jam.

Galaxy Tab A 2016 akan dijual di pasaran tempatan bermula hari ini pada harga RM799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd