Cari @ Amanz

Olympus merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam arena kamera. Sebelum ini, mereka telah sedia mempunyai beberapa kamera tahan lasak, dan terkini secara rasminya mereka turut memperkenalkan siri kamera terbaru yang lebih kepada sebuah kamera-aksi.

Stylus Tough TG-Tracker

Dinamakan sebagai Stylus Tough TG-Tracker, ia hadir dengan sensor 8-megapixel (f/2.0) yang boleh merakamkan gambar dan video dalam rakaman luas (wide-angle). Dengan fungsi sebagai sebuah kamera aksi, ia turut hadir dengan sokongan penstabilan imej 5-axis.

Olympus Stylus Tough TG-Tracker ini juga turut hadir dengan sokongan kalis air sehingga kedalaman 100 kaki, disamping turut dilengkapi sokongan tahan gegaran, debu, dan sejuk-beku.

Menggunakan kamera-aksi ini, anda boleh merakamkan video pada resolusi mencapai 4K dengan kadar 30fps, dan turut menyemak hasil rakaman melalui skrin bersaiz 1.5-inci LCD. Seperti kebanyakkan kamera aksi lain, integrasi WiFi turut disediakan bagi membolehkan pengguna menghantar hasil rakaman terus ke telefon pintar Android atau iOS.

Harga jualan tempatan untuk kamera aksi Olympus ini masih tidak diketahui.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd