Maya Karin Melabur Pada iFlix – Akan Hadir Dengan Terbitan Eksklusif Pada iFlix

Maya Karin Melabur Pada iFlix – Akan Hadir Dengan Terbitan Eksklusif Pada iFlix

Diterbitkan pada Mei 25, 2016 oleh .

iFlix merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang telah dimulakan di Malaysia dan ditawarkan secara percuma melalui beberapa pelan telekomunikasi. Melaluinya, sejumlah rancangan televisyen dan filem ditawarkan – membolehkan pengguna strim melalui aplikasi mudah-alih, di web, ataupun menggunakan Chromecast pada televisyen.

Maya Karin iFlix

iFlix sebelum ini telah menerima pelabur daripada beberapa pihak, dan terkini turut dikongsikan adalah daripada salah satu artis tempatan, iaitu Maya Karin. Maya Karin telah membuat pelaburan ini sekitar Julai 2015 yang lepas.

Maya Karin mengatakan iFlix merupakan pelaburan pertama beliau dalam arena teknologi. Sebelum ini, Maya pernah membuat beberapa pelaburan dalam arena hartanah. Jumlah pelaburan dan pegangan yang dimiliki oleh Maya Karin tidak didedahkan.

Maya Karin iFlix

Bersama-sama pengumuman ini juga, Maya Karin mengatakan beliau akan menerbitkan sebuah rancangan – berkemungkinan siri televisyen untuk iFlix. Genre yang akan diterbitkan masih tidak diketahui. Berkemungkinan besar, Maya Karin akan mengarah dan berlakon dalam filem berkenaan.

Maya menyasarkan akan menerbitkan ia pada iFlix dalam tempoh kurang setahun, dan rancangan berkenaan akan ditawarkan secara eksklusif melalui platform penstriman tersebut sahaja.


TIPS & ULASAN