Cari @ Amanz

Project Ara ialah projek peranti modular yang sudah dibangunkan oleh Google sejak beberapa tahun yang lalu. Ia dijangka akan menemui pengguna pada tahun hadapan. Dengan projek ara komponen peranti boleh digantikan dan dikustomasi mengikut keperluan pengguna. Apple tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan peranti modular, tetapi dengan kerangka uniVERSE oleh Otterbox mereka boleh menikmati fungsi seakan Ara.

otterbox-uniVERSE-1Antara komponen modular yang boleh ditambah ialah pengimbas Square, kamera infra merah, lensa Olloclip, penambahan memori dalaman oleh SanDisk, pembesar suara, bateri tambahan dan cagak aksesori fotografi. Dua model uniVERSE dihasilkan untuk iphone 6/6S dan 6 Plus/6S Plus. Harga kerangka bermula dari $49.95 (~RM 204) manakala aksesori modular bermula dari $19.95 (~RM 82) . Tidak seperti Ara, hanya satu modul tambahan boleh digunakan pada satu-satu masa.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd