Skrin Tetapan Video Aplikasi YouTube Dikemaskini – Tidak Lagi Menutupi Video

Skrin Tetapan Video Aplikasi YouTube Dikemaskini – Tidak Lagi Menutupi Video

Diterbitkan pada Mei 25, 2016 oleh .

Antaramuka skrin tetapan  aplikasi YouTube nampaknya diberikan kemas kini hari ini. Menerusi kemas kini ini, skrin tetapan tidak lagi akan menghalang anda menonton video. Kesemua pilihan tetapan akan muncul di dalam menu tambahan pada bahagian bawah skrin seperti yang anda boleh lihat di bawah.

Antaramuka-Baru-YouTube-1

Ini berbeza dengan skrin tetapan sebelum ini yang akan menutupi video yang ditonton. Lihat sahaja perbezaannya pada gambar di bawah. Rekaan baru ini juga lebih kemas. Adakah anda sudah menerima kemas kini ini? Kami mempunyai beberapa peranti di makmal Amanz dan tidak kesemua peranti boleh memaparkan antaramuka baru ini.

Antaramuka-Baru-YouTube-2


TIPS & ULASAN