Cari @ Amanz

Tidak lama sebelum ini, kita telah melihat Acer melancarkan produk bertemakan Hello Kitty mereka. Terkini, salah satu pengeluar dari Hong Kong telah mula memasarkan produk mereka yang dinamakan sebagai Hello Kitty Grace 10 Light di Malaysia melalui pengedar tempatan, SNS Network.

Hello Kitty Grace 2-in-1

Komputer riba yang turut boleh digunakan sebagai tablet ini hadir dengan skrin bersaiz 10-inci dengan paparan resolusi 1200×800 pixel. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom x5 – yang mana sesuai untuk beberapa tugasan asas ketika anda berada di luar pejabat.

Komputer dua-dalam-satu ini turut hadir dengan memori 2GB RAM, selain ruangan storan 32GB EMMC. Seperti biasa, pengguna boleh meluaskan storan menggunakan kad mikro-SD sehingga 32GB.

Di Malaysia, komputer hibrid dua-dalam-satu dengan spesifikasi asas ini dijual pada harga RM999 dan boleh dipra-tempah melalui Lazada Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd