Adobe Mula Memberikan Amaran Kepada Pengguna Perisian Cetak Rompak

Adobe Mula Memberikan Amaran Kepada Pengguna Perisian Cetak Rompak

Diterbitkan pada Mei 25, 2016 oleh .

Program Adobe dan cetak rompak ialah seperti isi dengan kuku. Kami yakin semasa anda di kolej dahulu dan kesempitan wang, anda anda memuat turun program popular seperti Photoshop, Premiere dan Flash secara haram. Jumlah aplikasi Adobe percuma yang diberikan oleh fakulti pula terlalu terhad. Apabila terpaksa memilih di antara membayar yuran tahunan Adobe dam perut yang berisi, anda pasti memilih untuk mementingkan diri sendiri.

Adobe-PiratedPenggunaan program Adobe secara cetak rompak ini amat berleluasa. Kini Adobe akan memaparkan amaran kepada pengguna yang dikesan menggunakan program cetak rompak. Kotak amaran akan muncul setiap kali program dilancarkan dan mengingatkan pengguna ia mungkin mendatangkan bahaya kepada komputer mereka. Ini dilakukan dengan melakukan pemeriksaan lesen sebelum program dibuka. Berita baik di sini ialah amaran yang dipaparkan boleh ditutup dan anda masih boleh menggunakan program tanpa sebarang halangan. Kepada yang tidak mampu menggunakan Photoshop, ada beberapa program percuma yang boleh anda gunakan untuk suntingan mudah seperti Picasa, Gimp dan Photoscape.


TIPS & ULASAN