Kemaskini WhatsApp Untuk iPhone Terbaru Membuatkan Sejumlah Besar Pengguna Gagal Menggunakannya

Kemaskini WhatsApp Untuk iPhone Terbaru Membuatkan Sejumlah Besar Pengguna Gagal Menggunakannya

Diterbitkan pada Mei 26, 2016 oleh .

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan sebagai medium komunikasi secara meluas. Terkini, melalui kemaskini aplikasi yang dikeluarkan pada 24 Mei 2016 untuk versi 2.16.4, ia membuatkan perkhidmatan permesejan WhatsApp gagal digunakan oleh sejumlah besar pengguna tempatan.

WhatsApp iOS SettingsDaripada apa yang dilihat, selepas mengemaskini aplikasi permesejan berkenaan, pengguna menghadapi masalah aplikasi berkenaan gagal berfungsi dengan sangat kerap (crash). Beberapa pengguna turut mengambil langkah untuk membuang aplikasi berkenaan dan memasangnya kembali untuk membolehkan ia digunakan seperti biasa kembali.

Sebagai penyelesaian sementara, pengguna boleh ke halaman tetapan di iPhone, memilih WhatsApp dan mematikan fungsi Contacts. Seterusnya, pengguna boleh ke aplikasi WhatsApp dan mengaktifkan tetapan berkenaan kembali. Namun, kaedah ini dilihat berjaya dilakukan oleh sesetengah pengguna sahaja dan yang lain masih gagal.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di iPhone, mungkin boleh tangguhkan kemaskini aplikasi anda sementara sehingga versi akan datang diperkenalkan. Memandangkan ia sering melalui proses pengesahan Apple, maka proses pengenalan kemaskini baru mungkin mengambil sedikit masa.


TIPS & ULASAN