Oppo Memperlihatkan Prototaip Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Oppo Memperlihatkan Prototaip Peranti Dengan Skrin Boleh Lipat

Diterbitkan pada Mei 26, 2016 oleh .

Peranti dengan skrin lipat ialah evolusi kepada rekaan telefon pintar yang kini kelihatan seperti sudah kehilangan idea. Samsung ialah antara syarikat yang dikatakan sedang membangunkan peranti dengan teknologi ini yang diberi nama Galaxy X. Mereka mungkin akan menerima saingan dari Oppo yang baru sahaja menunjukkan prototaip peranti dengan skrin boleh lipat mereka.

Oppo-lipat-skrin-fold-1

Rekaan peranti agak aneh kerana bazel sisi yang amat besar. Mekanisme engsel skrin juga agak terdedah. Paling menarik kamera hadapan peranti yang tidak bernama ini terletak pada sisi sebelah kiri. Ia masih menggunakan sistem operasi Android. Adakah anda berminat dengan peranti yang mempunyai skrin boleh lipat?


TIPS & ULASAN