Moxi – Telefon Pintar Yang Boleh Dipakai Seperti Jam Tangan Akan Dilancarkan Di China

Moxi – Telefon Pintar Yang Boleh Dipakai Seperti Jam Tangan Akan Dilancarkan Di China

Diterbitkan pada Mei 26, 2016 oleh .

Hari ini kami sudahpun melaporkan berita Oppo sudah menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka sebagai pesaing kepada Samsung Galaxy X. Kedua-dua peranti ini mempunyai kemampuan untuk dilipat dua seperti sebuah buku. Di China sebuah peranti dengan skrin boleh lentur dan dipakai seperti sebuah jam tangan akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Moxi Phone LenturMoxi ialah peranti dengan skrin lentur yang dihasilkan daripada graphene. Ia akan dijual pada harga RMB 5000 (~RM 3111) sebuah dan pengeluar bercadang menghasilkan 100 000 unit. Buat masa ini Moxi hanya akan dilengkapi skrin hitam putih dengan model skrin berwarna mensasarkan jualan sekitar 2018. Spesifikasi peranti serta sistem operasi yang bakal digunakan masih belum diketahui. Rekaan Moxi ini harus diakui menarik dan berinovasi. Tetapi dengan harga jualan mahal dan skrin hitam putih, ia mungkin sukar untuk menarik perhatian pengguna.


TIPS & ULASAN