Cari @ Amanz

U Mobile hari ini telah memperkenalkan fungsi panggilan WiFi secara rasminya, membolehkan para pengguna menikmati fungsi panggilan telefon di pelbagai kawasan walaupun liputan rangkaian U Mobile adalah rendah, asalkan mempunyai sokongan WiFi.

Untuk fasa pengenalan, hanya sokongan untuk iPhone sahaja diperkenalkan, dan U Mobile akan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk menawarkan sokongan sama bagi pengguna Android.

Wifi CallingMelalui fungsi panggilan WiFi ini, ia membolehkan pengguna menggunakan rangkaian WiFi untuk membuat panggilan telefon. Caj seperti biasa dikenakan pada pelan prabayar dan pascabayar, dan U Mobile menawarkan sokongan panggilan suara HD melalui WiFi.

Fungsi ini sangat berguna sekiranya anda berada di bangunan yang tinggi yang jarang mempunyai liputan baik – dan mengambil kelebihan WiFi untuk mengatasi masalah rangkaian. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menggunakan telefon seperti berada di Malaysia ketika diluar negara – asalkan bersambung kepada rangkaian WiFi. Pengguna juga turut boleh membuat panggilan suara dengan kos rendah ketika berhubung pada WiFi dalam penerbangan.

U Mobile mengatakan sokongan untuk Android akan hadir pada suku ketiga 2016 kelak. Untuk pengguna iPhone, anda boleh aktifkannya dengan ke Settings > Phone > WiFi Calling.

Pengguna iPhone perlu menggunakan iOS 9.3 terlebih dahulu, dan ia boleh digunakan pada iPhone 5C, 5S, SE, 6, 6 Plus, 6s, dan juga 6S Plus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd